Archive for December, 2010

kotak kotak di bawah pokok fir bersalji

Posted: 20 December 2010 in jurnal

nah! lihat. aku sudah sediakan senarai yang sepanjang sungai thames. senarai hadiah hadiah yang aku mahu dari kau sempena hari yang indah itu nanti. baiklah, biar aku bacakan.

aku mahu…
tilam air lengkap dengan duvet berwarna hati, lampu tidur, ayam belanda masak rempah, kucing parsi berwarna kelabu, seluar sukan berjalur putih disisi, buku masakan asia timur, televisyen skrin rata bersaiz dua-puluh-dua inci bla bla bla….

tapi aku tahu kita pasti akan jarang berjumpa kerana kau akan bersusah payah menyediakan hadiah hadiah itu lalu terpaksa selalu meninggalkan aku. jadi aku sudah senaraipendekkan kepada apa yang benar benar aku mahukan antaranya:-
gaun putih, mahkota bertahta berlian [berlian palsu pun tak apa], sayap pari pari, tongkat sakti, serbuk magis, tikar terbang, cermin merentas masa bla bla bla…

kau ambil kedua dua senarai itu, kau lipat kemas kemas dan simpan dalam kocek kau dan kau pun tersenyum dan berkata, aku berjanji akan cuba penuhinya. lalu aku seluk kocek kau dan ambil kembali senarai senarai itu. kemudian aku carik carik menjadi cebisan kecil.

aku kata, kau tak perlukan senarai itu kerana yang aku benar benar mahukan pada hari istimewa itu tiada dalam senarai itu. kau kerut dahi kehairanan. aku kata, hadiah yang paling bermakna ada di depan mata aku.

kau.

mimi si kucing manja yang ada facebook

Posted: 11 December 2010 in jurnal

hari dah mendung. sekarang ni selalu hujan petang petang. mimi mati mood nak bersiar siar. lagipun baru saja makan friskies semangkuk. kenyang sangat rasanya. mimi mahu lepak lepak sambil buka facebook.

ya. mimi si kucing juga ada facebook. facebook bukankah menjadi fenomena sekarang ni. tak hip lah kalau mimi juga tak ada facebook. tahu tak, sekarang kawan kawan mimi ada 306 err….306 ekor semuanya.

mimi segera buka facebook nya.
oh! ada 3 ekor lagi yang mahu berkawan dengan mimi.

pertama. si jantan berbulu putih dengan nama ‘scarface’. mimi buat muka seram. nama pun sudah menakutkan. tapi mimi tengok juga foto scarface. sah! si jahat inilah yang selalu mengintai mimi ketika mimi mahu makan friskies untuk sarapan pagi. rejek!

kedua. tom. wah! nama macho. macam tom cruise kah? mimi klik profile tom dengan laju. ceh! jantan tak tahu malu ni kah? selalu kacau mimi bersiar siar. sudah lah tua, bini bini tak terjaga. anak pula bersepah sepah. jantan tak boleh harap. rejek!

ketiga. biarlah yang senonoh sikit, mimi berdoa dalam hati.  tapi bila mimi buka buka foto album tu, mimi tutup terus facebook.

ah! semua jantan yang ada, sekor sekor muka pecah dapur!

mimi kecewa. lalu terus ke sofa. inilah masa yang baik untuk tidur.

aku tengok mimi dah lena di sofa aku. jantan jantan tu masih mengiau gersang di luar. masih menanti peluang sehingga hujan turun.

mimi terus lena.

sara sudah dibasahi peluh. berjejehan peluh keluar dari dahi turun ke pipi dan dagu. sara kesat dengan belakang tangan pipinya yang basah itu.

sara perlu segera mendapatkan lelaki itu. lelaki itu pencuri. kalau sara tidak segera mendapatkan lelaki itu, kemungkinan untuk sara gembira akan menjadi sifar.

tapi sara risau juga. kemungkinan kalau kalau lelaki itu mahu pulangkan semula hati sara yang dicuri tapi sara sendiri yang menolak untuk ambil semula.

sara terhenti.
biarlah.
biarlah lelaki itu tak pulangkan hati sara. biarlah lelaki itu simpan hati sara selama lamanya. biarlah lelaki itu gantikan hati sara dengan hati lelaki itu sendiri nanti. dengan itu, sara pasti lebih gembira dari sebelumnya. sara sungguh sungguh berharap begitu.

sara terhenti.
tak apa. sara boleh tunggu. sehingga bila bila pun. sara akan tunggu.

aku mahu beritahu sesuatu.

– apa dia?

telinga aku adalah kelemahan aku.

– apa?

kalau kau mahu bunuh aku, bukan di hati tempatnya. kau cucuk saja cuping telinga aku. cucuk saja dengan apa apa. duri atau selumbar pun sudah memadai. aku akan terus mati.

– aku tak faham.

aku cuma tak mahu kau apa apa kan hati aku.

– lalu bagaimana telinga boleh jadi kelemahan?

kalau archilles ditumitnya, kenapa tidak aku ditelingaku?

– ibu kau rendam kau di sungai itu? di sungai di mana archilles juga direndam ibunya?

bukan. aku direndam di sungai lain. aku direndam di sungai kasih sayang. cuma telinga aku saja tidak direndam. supaya aku tak hanyut.

– tapi kenapa beritahu aku kelemahan kau?

supaya kau tahu bahagian mana yang tak perlu kau rosakkan.

kamil naik darjah baru

Posted: 5 December 2010 in jurnal

emak kamil sudah pulang. dengan abah. baru pulang dari sekolah.

emak kamil naik moto dengan abah kamil untuk ke koperasi sekolah. dan masa itu kamil nampak emak menjinjing plastik besar warna kuning. atau oren. kamil selalu keliru antara warna kuning yang pekat dengan oren. kadang kadang kamil juga keliru dengan warna biru dan hijau.

masa kamil nampak emak bawa plastik besar warna kuning yang nampak macam oren tu, kamil terus meluru ke arah emak. kamil nak tolong angkat bawa masuk rumah. kamil bawa ke depan tv yang terpasang kartun smurf. kamil belek belek plastik besar warna kuning yang nampak macam oren tu.

‘mak! mak! apa dalam ni?’

‘buku’ jawab emak kamil, pendek. kamil sengeh, ‘tau dah sebenarnya’ kamil berbisik perlahan.

‘mak! mak! boleh buka tak?’

‘jangan mengada. buka sekolah minggu depan baru buka.’ kamil tak jadi buka. kamil masih sengeh lagi.

‘habis tu tak payah tulis nama ke? nanti orang lain ambil macam mana?’ kamil cuba pancing hati emak.

‘tu kerja mak. mak tahu lah bila nak buat. jangan nak buka buka plastik tu’

kamil memuncungkan bibir sambil tolak plastik besar warna kuning yang nampak macam oren tu ke tepi dinding. dia cuba tengok kartun smurf di tv. tapi tak berjaya fokus. dia nak buka juga platik berisi buku tu. dan juga tak sabar sabar nak naik darjah baru.

oh ya! darjah baru memang masuk bulan dua belas. tapi ada juga yang masuk bulan satu sebab pindah sekolah. kamil suka naik darjah baru sebab mesti dapat cikgu baru. ada baju dan kasut baru. beg dan bekas pensel baru. kawan kawan dan kelas baru. dan juga buku baru. kamil suka akan bau buku baru.

yang paling kamil suka ialah salam semua orang. tak kira lah pakcik kantin atau pengawas sekolah atau guru besar. kamil akan salam dan cakap. selamat tahun baru!!!

lepas tu, kamil mesti kena marah. tahun baru bukan bulan doblas la doh, kata kawan kawan kamil.

‘habis tu kenapa sekolah kena mula bulan doblas juga!’

itu saja yang kamil tak suka.