Archive for April, 2011

lorong kebenaran

Posted: 28 April 2011 in jurnal

hari sudah gelap. angin makin rakus menolak tubuh ke belakang. johnny wadd memecut laju ducati merahnya setelah lampu isyarat bertukar hijau.

‘sial! aku patut tinggalkan saja dia membebel seorang diri dari awal lagi. tengok sekarang. aku yang dapat susah. baru ja nak kebah demam ni,’ johnny wadd membentak dalam hati.

saat ini dia berharap langit boleh menunggu seketika sebelum runtuh.
ducati merahnya kini menyelit dicelah celah kereta besar yang bergerak perlahan kerana keadaan lalu lintas yang tidak terkawal. adalah dua tiga kali jugalah dia melanggar cermin sisi kereta yang keluar lorong tanpa menyalakan isyarat. dua tiga kali itu jugalah berbakul bakul carutan menampar dari belakang. lalu carutan itu dia lemparkan kembali kepada ‘dia’.

‘sial! ini dia lah punya pasal!’

dalam pada mahu segera pulang , tiba tiba dia teragak agak untuk memecut. sambil memandang kiri kanan sebelum memecut semula.

‘sial! siapa yang tukar iklan billboard ni? nasib baik aku tak sesat!’