Archive for September, 2012

kau adalah matahariku

Posted: 22 September 2012 in fiksi

ya. kau mengaku kau matahariku.
dan aku. aku juga akui aku adalah bulanmu.

maka seharusnya kita tidak dapat bersama.

andai kita bersua, dunia pasti kelam dan suram.
mungkin juga dunia akan hancur menjadi debu debu berterbangan.

Advertisements

service luar biasa

Posted: 17 September 2012 in jurnal

‘bang. kalau nak service kat sini berapa ringgit, ye?’ tanya harris.

‘service biasa ke, dik?’ tanya abang mekanik tu.

‘haah. biasa je bang. err…ada service luar biasa ke?’ tanya harris. dia kerut dahi. mencari cari apakah yang luar biasa itu. abang mekanik diam sambil senyum malu malu.

harris makin rasa luar biasa pelik. orang tanya betul betul, dia ingat kita main main agaknya.

‘er..service biasa sajalah, bang. berapa ringgit tu?’

‘dua ratus ringgit, dik. nak service sekarang ke?’ kata abang mekanik sambil mengelap lantai membersihkan titisan minyak.

‘er..boleh lah. tapi yang tu tukar dengan air filter dan tambahkan minyak brek kan?’ tanya harris minta kepastian.

‘minyak brek lain, dik’ jelas abang mekanik.

‘ooo…oke. tak apa. tambahkan sajalah. minyak brek pun dah kurang tu rasanya,’ kata harris.

ini kali pertama harris bawa kereta untuk service seorang diri. kalau ada nizam, dialah yang selalu bercakap dengan mekanik. sekarang harris menyumpah diri sendiri dalam hati sebab malas ambil tahu. lepas ni harris nekad nak paksa juga nizam ikut sama!

jimmy dan remy

Posted: 14 September 2012 in fiksi

jimmy menghempas tubuh ke katil empuk. remy yang terlentang di situ tidak terkesan. lena sungguh tidurnya. jimmy jadi cemburu lalu merapatkan tubuhnya ke sebelah remy. jimmy senyum nakal bila melihat dada dan perut remy yang berbulu itu turun naik mengikut hela nafasnya.

lalu tangan jimmy mengusap perut remy. seperti selalu ketika mereka berlibur bersama. kadang kadang jimmy mengusap kepalanya. kadang kadang jimmy mengusap dagunya. tapi jimmy paling suka mengusap perut remy yang berbulu lembut itu.

‘remy..’ kata jimmy.’kau dah semakin buncitlah,’ tangan jimmy masih mengusap perut itu. senyumnya juga masih senakal tadi. tapi remy masih tiada reaksi. mungkin penat benar dia hari ini. atau mungkin terlalu kekenyangan. mana tidaknya, makan malam tadi pun dia yang habiskan baki yang jimmy tak larat nak makan.

jimmy bawa remy rapat ke dada. dan memeluk remy erat erat. remy tersedar namun dibiarkan saja. dan kemudian pejamkan mata kembali. malam itu jimmy yang keletihan selepas pulang dari pejabat ditemani lagi oleh remy yang setia. sama seperti selalu. remy selalu ada ketika dia kesunyian.

‘meow~’ kata remy sambil ekornya mengibas ngibas lembut. dan kemudian meneruskan mimpi mimpinya bersama pelukan jimmy.