Archive for January, 2011

dalam mimpi johan ada oompa lompa

Posted: 23 January 2011 in fiksi

bangun dari tidur, johan terus meluru ke bilik air. pundi johan sudah penuh. dan ketika johan berselisih dengan makhluk seiras oompa lompa itulah johan baru tersedar. johan masih belum jumpa jalan keluar dari cermin paradoks yang johan masuki semalam.

maknanya johan bukan bermimpi.
[atau johan masih bermimpi?]

Advertisements

di situ kau adalah teman diablos ketawa

Posted: 10 January 2011 in fiksi

dalam samar lampu disko. dalam bingit lagu berentak laju. dan dalam liang liut gadis gadis genit membelai kau. kau kata kau mahu bertaubat. dan aku ketawa.

kau hirup air kuning yang baunya meloyakan. mata kau kuyu dan badan kau meliuk liuk bagaikan tidak bertulang. ada sisa busa dari air kuning itu dihujung bibir kau. ada juga yang jatuh ke kemeja polo kau. kau kata, aku sudah nampak cahaya. aku kata, aku tahu.

dulu cahaya itu memang ada cuma ia menjadi samar samar sejak aku tinggalkan rumah itu tapi cahaya itu datang sekali lagi, kata kau. dan aku kata, aku tahu.
ia seperti beri amaran pada aku. lalu aku tiba tiba takut, kata kau dan kemudian kau ketawa. aku juga ketawa. sebab aku tahu esok kau tetap akan temani aku menikmati hingar bingar tempat ini seperti selalu. dan aku tetap akan sembunyikan ekor dan tandukku seperti selalu.

pergi saja kerna aku mahu sendirian

Posted: 8 January 2011 in fiksi

aku berdiri dibawah langit yang hujan.

 

aku kaku disitu. membiarkan diri dihanyutkan masa.

biarkan saja aku. kerana aku mahu membasuh luka luka jantungku dengan titis titis hujan ini.

biarkan saja aku. kerana aku mahu air mata ini larut dalam kebasahan hujan.

gejala alam yang normal

Posted: 6 January 2011 in fiksi

badan sejuk. dahi berpeluh. tapak tangan basah. kaki lemah. dada berombak laju. jantung berdegup kencang. terasa mahu kentut. ketiak berpeluh. badan berbau. kaki menepuk lantai. bulu roma berdiri.

telinga berdesing. tekak haus. mata tak berkedip. suara tersekat. gigi berlaga. lutut bergetar. perut berama rama. senyum tersangkut. fikiran ke laut.

duduk tak senang. berdiri tak lalu. berjalan tak larat. berfikir tak mampu.

kau buat aku panasaran. aku benci cinta jika ia bisa buat aku seperti orang gila!

bidadari bersayap putih II

Posted: 5 January 2011 in jurnal

hari tak hujan seperti kelmarin. rintik rintik halus pun tidak.

aku segera berlari keluar sambil dalam hati penuh harap. kamu ada membawa payung putih kelmarin.

hampa. bila aku lihat tiada kamu berblaus putih panjang dan beropol ropol comel. cuma ada sekaki payung putih yang sudah rosak di tepi tong sampah. hati aku fikir dan memujuk itu mesti bukan payung kamu.

segera aku berazam mahu kutip awan hitam dari seluruh semesta untuk aku tebarkan setiap pagi supaya kau keluarkan payung putihmu untuk ke mana mana.

segera aku berazam mahu ambil dan simpan sayap putihmu dalam saku bajuku supaya kamu tidak terbang ke mana mana lagi. dan cagarannya, aku akan serahkan jantungku untuk kamu simpan.

bidadari bersayap putih

Posted: 3 January 2011 in jurnal

hujan rebas di luar. aku rasa malas mahu keluar kalau tidak kerana kerja. aku capai payung merah tanpa corak menuju ke hentian bas.

saat aku sampai di stesen bas, aku ternampak kamu yang berblaus putih mulus panjang ke paras betis. dengan ropol ropol comel beralun mengikut arahan angin dan memegang payung putih seperti blaus yang kau pakai, kamu tak ubah seperti bidadari.

aku tanya mana sayap putih kamu. kamu jawab dengan senyum.
aku pandang mata besar kamu menunggu jawapan yang pasti. kemudian kamu kata kamu tak dapat bawa sayap dan terbang seperti selalu selalu kerana hari hujan.

segera aku berdoa agar setiap hari hujan turun dan kau membawa payung putih menggantikan sayap putihmu.

menghapus kepingan mosaic masa lalu

Posted: 2 January 2011 in jurnal

pabila manusia dalam dekad baharu ini berlumba lumba mahu mengumpul mosaic mosaic kehidupan. mencari dan menyimpan kepingan mosaic mosaic dekad dahulu meskipun telah retak dan pecah. aku pula cuba menghapuskan mosaic mosaic kehidupan lalu aku.

 

kerana aku jijik dengan kamu!