Archive for November, 2012

jalaludin dan jin

Posted: 18 November 2012 in fiksi

jalaludin duduk dan berfikir tiga perkara penting yang perlu dia minta supaya permintaannya itu tidak sia sia begitu sahaja.

tadinya, jalaludin jumpa teko antik yang kotor. dibawa banjir kuala lumpur barangkali. jalaludin pun gosok gosok untuk hilangkan kotoran. tiba tiba keluar asap berkepul kepul dari mulut teko itu. dan tak syak lagi. teko itu ada jin. bila jin itu keluar terus jalaludin cakap pada jin,

‘hei jin! aku nak kau tunaikan permintaan aku’

kemudian jin jawab balik,

‘okeh. tapi ada syaratnya’

jalaludin tanya,

‘apa dia? jangan yang susah susah sangat tau!’

‘tak. tak susah. syaratnya, pertama, hanya tiga permintaan saja aku boleh tunaikan. kedua, tak boleh minta untuk minta permintaan. ketiga, tak boleh minta sesuatu tentang nyawa,’ kata jin.

jadi sebab itulah yang jalaludin duduk termenung seharian. masih tak tahu lagi apa yang dia nak minta. perlukah dia minta jadi kacak? atau kaya raya? atau kuat? itu semua orang dalam tv dah minta dan semuanya jalaludin lihat akan berakhir dengan malapetaka.

‘jin. boleh tak tangguh dulu. aku tak dapat nak fikirlah,’ kata jalaludin.

‘okeh. permintaan pertama ditunaikan,’ kata jin selamba.

satu penumbuk melayang ke muka jin. ‘hoi! mana boleh macam tu! bak balik permintaan pertama aku!’ jalaludin naik angin sebab terasa jin cuba nak mempermain mainkan dia.

jin kata,’tak boleh! rujuk syarat kedua’

‘oh…takpe jin. takpe. kau tunggu esok aku kenakan kau semula. kau tunggu ya, jin’

‘okeh. permintaan kedua ditunaikan,’ kata jin sambil korek hidung.

satu lagi penumbuk hinggap ke muka jin. dan jalaludin tinggalkan jin dengan tekonya. sekarang muka jin dah macam muka panda. tapi panda merah dengan lebam ungu di kedua dua belah matanya.

oh. lupa bagitahu. jin ni berkulit merah. kulit merah tu kan tanda jahat. tapi jin ni bukan jahat. cuma nakal sikit ja.

Advertisements

hujan

Posted: 4 November 2012 in fiksi

aku benci hujan.
dari dulu lagi aku benci hujan. aku tak tahu dan tak ingat, sejak bila dan bagaimana mula aku begitu benci pada hujan. biarpun emak selalu ingatkan kita tak boleh benci pada hujan. filem filem sedih selalu ada hujan ketika babak babak yang sedih sedih. aku jadi lebih benci pada hujan kerana bibit bibit perasaan sunyi begitu mencengkam jantungku.

tapi kini. hari ini. ketika ini.
aku sudah tidak begitu benci pada hujan lagi. perasaan sedih dan muram yang selalu datang bersama hujan tidak lagi membungkus hati ini. walaupun hujan, aku masih terasa hangatnya dunia ini. dan aku sudah mampu melihat warna gembira yang turun bersama hujan. aku mengalu alukan hadirnya hujan.

segarnya hujan membuatkan aku senang. semuanya begitu. bila ada kamu disisiku.