Archive for May, 2011

balada orang bujang di rumah sewa

Posted: 30 May 2011 in fiksi

rumah pangsa dua bilik dengan ruang tamu yang sempit aaron muatkan sebuah rak dan televisyen di atasnya, peti ais dan mesin basuh di ruang dapur, katil dan almari baju di setiap bilik tidur.

tak perlu banyak barang. kata mat saleh, less is more. ya, maka banyak lah ruang untuk aaron berguling di ruang tamu. atau berjoging dari bilik ke bilik. mungkin juga boleh buat acara skipping di bilik air. erm…agak menarik untuk dicuba.

tapi sebab utama adalah sebab rumah itu bukan rumah aaron. aaron sewa saja. dan aaron pun sudah nak pindah. tak tahan dengan tangga di luar yang sempit dan berbau hancing. budak budak mabuk selalu kencing dalam lif juga. dan kadang kadang berak. ya, memang sangat menjijikkan!

sebab tu aaron jarang gunakan lif. lif pun bukan boleh diharap. pernah satu hari tu aaron tersangkut dalam lif bersama seorang makcik. bila makcik tu kentut, habis oksigen yang ada tak ada dalam lif tu tercemar. kemudian makcik tu pula buat perangai. boleh pula buat buat pengsan dalam lif tu masa orang cuba nak buka pintu lif. tapi itu kira bagus daripada makcik tu jerit macam aaron nak perkosa makcik tu. itu lagi naya!

tapi aaron tak kecil hati dengan perangai makcik tu. err….pembetulan. yang aaron maksudkan ialah yang aaron kecil hati bukan dengan perangai makcik tu seorang saja. dengan anak beranak makcik tu, dengan jiran jiran dia pun aaron kecil hati. lalu aaron ambil keputusan untuk berpindah ke blok hujung taman.

dengarnya, blok di hujung taman tersebut, penduduknya lebih bertamadun.

hati menyanyi lagu hepi

Posted: 28 May 2011 in jurnal

‘ hei! aku dah pulang!

kau tahu? hari ini aku rasa senang hati. rasa macam tak percaya hari hari cerah terang benderang macam hari ini boleh muncul dalam hidup aku. cahaya matahari memancarkan rasa hangat yang selesa. bunga bunga berkembang segar menebarkan haruman yang….erm…kejap. biar aku fikir…erm….haruman yang tak mungkin dikalahkan oleh minyak wangi buatan perancis.

dan aku terdengar siulan burung burung menyanyikan lagu cinta penuh syah-

adoi! apa baling baling bantal ni?’ andre boleyn gosok gosok kepala.

‘siulan burung kepala otak kau!

boleh tak hentikan drama bersiri kau tu hari ni. kalau boleh seminggu lah. kalau tamatkan terus, lagi aku suka. semaklah aku nak dengar kau punya metafora tu semua. semak!

kau pergi cerita kat kura kura dalam bilik kau tu ke, kat teddy bear kau ke, boleh tak?’

‘hehe…oke…’ andre keluar dari bilik itu perlahan lahan. dengan tersengih sengih.

hati pupus

Posted: 18 May 2011 in jurnal

bagaimana ya?
boleh wujud hati yang kejam.

oh ya!
kalau tiada hati kejam, mana mungkin akan kedengaran cerita tentang hati remuk. tak ada humor lagi lah kalau macam begitu.
kan?

“ya,” john walker menjawab panggilan sambil menoleh ke kanan. dan lihat hanya pokok pokok menari nari melindungi deretan kereta dari percikan sinar matahari yang rakus kebelakangan ini.

ah~
tiada siapa siapa rupanya. john senyum sendirian. ada ketawa kecil susulan selepas itu. dia fikir tentu kelakar kalau dilihat orang yang dia bercakap seorangan. atau mungkin juga orang akan fikir john adalah jejaka perasan. haha.

jadi siapa yang memanggil tadi?

*****

ah~
mahu saja aku berlari kepadanya dan tunjukkan hati yang dupdapdupdap laju yang tersangkut dibahunya. tapi tim masih lagi mengintai di sebalik pokok pokok yang menari nari melindungi deretan kereta dari percikan sinar matahari yang rakus sejak kebelakangan ini. ya. pokok itu juga melindungi tim dari matahari dan dari dikesan john.

dan dari kejauhan itu tim menghulurkan salam perkenalan.

mengejar hati yang patah

Posted: 15 May 2011 in fiksi

tim hamilton menggagahkan kaki yang sebentar tadi kaku.

tim perlu kejar lelaki itu. hatinya yang baru dicalarkan perempuan cantik bermata bundang bernama shelly telah melekat di bahu lelaki yang melintasinya tadi.

aduh~
mudah betul hati itu jatuh di tempat yang salah.

pemuda yang merenung jalan

Posted: 10 May 2011 in jurnal

keluar dari sebeneleben dia bersandar di salah satu tiang bangunan sambil memegang secawan big gulp dengan isi yang berwarna hijau.

unikorn menipu lili

Posted: 8 May 2011 in fiksi

semua penduduk kampung gempar malam itu. ada bintang jatuh!

ada yang kata itu kapal angkasa makhluk asing. mereka sudah mula bertindak untuk menyerang penduduk bumi. malang bagi mereka kerana menjadi mangsa pertama serangan makhluk asing itu. tapi itu cuma khabar angin.

ada yang kata itu tanda tanda akhir mahu kiamat. macam dalam filem filem hollywood tu. lalu mereka yang percaya segera berbondong bondong ke masjid buat ibadah. walaupun itu khabar angin.

ada yang kata itu serangan negara kapitalis. mungkin juga negara komunis yang menguasai senjata nuklear. entah apa sebabnya kampung itu jadi sasaran. ketua kampung pun tak tahu sebabnya. sebab itu semua khabar angin.

lili berjalan tanpa kasut, kasutnya dijinjing tinggi ke bawah dagu. dia menjingkit jingkit, perlahan lahan, berhati hati supaya tidak memijak ranting yang mungkin akan diperasan oleh orang kampung. lili mahu ke hujung denai tempat dia sembunyikan unikorn.

bintang jatuh yang dikatakan itu sebenarnya unikorn yang lili sembunyikan. unikorn terhempas betul betul di hadapan lili ketika dia mahu pulang ke rumah selepas habis mengaji di rumah tok aki. unikorn merayu supaya lili merahsiakan tentangnya. dan unikorn berjanji akan tunaikan permintaan lili jika dia menyimpan rahsia. lalu lili bawa unikorn ke hujung denai sebelum pulang menyimpan mukadam, rihal dan menyalin pakaian. lili kata dia akan datang semula merawat unikorn serta bawa kuaci untuk unikorn makan. lili kata lagi dia tak ada makanan banyak, kalau curi makanan kat dapur ibu akan tahu dan lili akan kena pukul.

lili hulur kuaci pada unikorn. unikorn makan dan kemudian kata, ‘lili, kuaci kau tak sedap!’. lalu unikorn terbang dengan pantas seperti dia tak pernah cedera akibat terhempas.

‘unikorn! kau tipu lili! orang penipu kena panah petir!’

unikorn tak peduli. unikorn bukan orang.