Archive for the ‘jurnal’ Category

apa sudah jadi?

Posted: 6 February 2014 in jurnal

apa sudah jadi?

sebenarnya kita berada dalam kekeliruan yang kita cipta sendiri.
kita ada pilihan. dan kita pilih untuk memilih. dan kita pilih untuk keliru. dan kita pilih untuk terpilih.
ya. kita mampu untuk semua itu.

oke. dah lama tak menulis.
saja nak warm up.
kali ini aku pilih untuk menulis.

Advertisements

ya Tuhanku~

Posted: 14 February 2013 in jurnal

aku ingin diselamatkan~

eksotik

Posted: 22 December 2012 in jurnal

selalunya. bila memandu. otak aku akan mula berfikir macam macam. daripada cerita luar negara sampailah ke cerita dalam kelambu. dan kemudian hidung berdarah. heh!

pernah juga sambil memandu dan perut lapar otak aku mula fikir tentang makanan yang boleh dimakan tetapi tak mungkin akan ada siapa nak makan bila dicampurkan. mungkin kau boleh makan sup ayam campur daging campur perut campur bihun campur mee. mungkin kau boleh makan mee kuning campur cucur udang campur tauhu campur timun campur sengkuang campur kuah kacang. tapi…..tapi boleh tak kau makan kuah dal campur durian campur kicap campur keropok lekor campur megi kari? heh!

service luar biasa

Posted: 17 September 2012 in jurnal

‘bang. kalau nak service kat sini berapa ringgit, ye?’ tanya harris.

‘service biasa ke, dik?’ tanya abang mekanik tu.

‘haah. biasa je bang. err…ada service luar biasa ke?’ tanya harris. dia kerut dahi. mencari cari apakah yang luar biasa itu. abang mekanik diam sambil senyum malu malu.

harris makin rasa luar biasa pelik. orang tanya betul betul, dia ingat kita main main agaknya.

‘er..service biasa sajalah, bang. berapa ringgit tu?’

‘dua ratus ringgit, dik. nak service sekarang ke?’ kata abang mekanik sambil mengelap lantai membersihkan titisan minyak.

‘er..boleh lah. tapi yang tu tukar dengan air filter dan tambahkan minyak brek kan?’ tanya harris minta kepastian.

‘minyak brek lain, dik’ jelas abang mekanik.

‘ooo…oke. tak apa. tambahkan sajalah. minyak brek pun dah kurang tu rasanya,’ kata harris.

ini kali pertama harris bawa kereta untuk service seorang diri. kalau ada nizam, dialah yang selalu bercakap dengan mekanik. sekarang harris menyumpah diri sendiri dalam hati sebab malas ambil tahu. lepas ni harris nekad nak paksa juga nizam ikut sama!

rosak

Posted: 29 November 2011 in jurnal

maaf, laman ini sedang dikemaskini. segala kesulitan yang dihadapi pihak tuan amat dikesali.

mohon maklum.

“erm…rasa macam pernah jumpalah. tapi tak ingat di mana.”
nah~ its too lame.

“hai! boleh tumpang tanya. sakit tak bila awak jatuh dari kayangan?”
euww…totally cliche!

“cik, saya tercicir telefon saya dekat dekat kawasan ni. boleh tak tolong miss call telefon saya?”
erk! bad move. reject.

jadi, kena fikirkan pick-up line yang terkini dan meyakinkan. segera!

cerita cinta di malam hari

Posted: 3 June 2011 in jurnal

‘bear,

tadi kite terserempak dengan dia lagi. dia baru keluar dari sebeneleben. manis sangat muka dia. kite senyum kat dia. lepas tu dia pun balas senyum kat kite balik. manis. ada lesung pipit. kite suka. kite pura pura cool tapi dalam hati rasa meletup letup macam pop corn dalam microwave.

bear,

kite rasa kite dah jatuh suka kat dia lah. muka dia manis dan lembut. mata dia redup. rambut dia hitam lebat. tinggi sikit dari kita. badan sesedap rasa. yang kite suka tengok tang bibir dia. macam mulut ikan gupi. hehehe. rasa nak gigit gigit saja bibir ikan gu-

adoi! apa tolak tolak orang ni?!’ andre mengesot naik semula ke atas katil bujang.

‘aku suruh kau sambung drama kau kat teddy bear kau tu dalam bilik kau. bukan bilik aku. aku nak tidur ni. sudahlah menyempit kat katil aku. memekak pula lagi. kalau kau nak memekak juga, balik bilik kau sendiri! dah tua bangka pun tak reti nak tidur dalam bilik sendiri.

sekarang ni kau tahu tak dah pukul berapa? dah nak pukul dua pagi tahu? esok kena kerja. kau tu liat nak bangun. tidur cepat!’

‘hehe…bilik kau best. jangan marah ya…’ andre pejam mata sambil memeluk kuat bear. dan dalam hati berharap akan mimpikan si ikan gupi.

katakan tidak pada jam loceng

Posted: 1 June 2011 in jurnal

sarip tutup jam loceng yang berdering bingit. aa…baru pukul tujuh pagi, keluh sarip. hari ini….bukan hari minggu ke? kenapa kena bising bising, kunci jam loceng.

aaa….tidur yang seronok ialah tidur setelah bangun tidur.

plop!

segera saja sarip masuk ke dunia lain.

hati menyanyi lagu hepi

Posted: 28 May 2011 in jurnal

‘ hei! aku dah pulang!

kau tahu? hari ini aku rasa senang hati. rasa macam tak percaya hari hari cerah terang benderang macam hari ini boleh muncul dalam hidup aku. cahaya matahari memancarkan rasa hangat yang selesa. bunga bunga berkembang segar menebarkan haruman yang….erm…kejap. biar aku fikir…erm….haruman yang tak mungkin dikalahkan oleh minyak wangi buatan perancis.

dan aku terdengar siulan burung burung menyanyikan lagu cinta penuh syah-

adoi! apa baling baling bantal ni?’ andre boleyn gosok gosok kepala.

‘siulan burung kepala otak kau!

boleh tak hentikan drama bersiri kau tu hari ni. kalau boleh seminggu lah. kalau tamatkan terus, lagi aku suka. semaklah aku nak dengar kau punya metafora tu semua. semak!

kau pergi cerita kat kura kura dalam bilik kau tu ke, kat teddy bear kau ke, boleh tak?’

‘hehe…oke…’ andre keluar dari bilik itu perlahan lahan. dengan tersengih sengih.

hati pupus

Posted: 18 May 2011 in jurnal

bagaimana ya?
boleh wujud hati yang kejam.

oh ya!
kalau tiada hati kejam, mana mungkin akan kedengaran cerita tentang hati remuk. tak ada humor lagi lah kalau macam begitu.
kan?