Archive for December, 2012

malam di kota raya

Posted: 31 December 2012 in fiksi

kaki aku bergerak perlahan keluar dari pub yang beberapa tahun lalu diperkenalkan pada aku. waktu itu ‘kami’ wujud. sebelum masing masing sudah berubah haluan. kini ‘aku’ tertinggal. aku saja yang tidak dapat melepaskan diri dari belenggu yang terkunci dalam hati aku.

tak dapat salahkan ‘dia’ yang mencipta ‘kami’ dan menjadikan ‘aku’. aku yang lemah. aku yang hanyut dalam belenggu ini. aku akui aku menikmatinya dari saat pertama ‘kami’ tercipta. aku rasa dipunyai. aku berfikir ‘inilah kehidupan!’. aku percaya itu suatu waktu dahulu.

malam ini. inilah yang aku rasakan.
aku rasakan pub itu adalah kematian untuk aku. aku rasakan pub itu adalah pintu neraka untuk aku. sejak ‘kami’ tidak lagi wujud

kaki aku bergerak perlahan memasuki lounge itu. muzik perlahan itu menarik kakiku.

sepasang mata melirik. sebuah belenggu dipasang. dan terpasang di atas belenggu lama….

Advertisements

eksotik

Posted: 22 December 2012 in jurnal

selalunya. bila memandu. otak aku akan mula berfikir macam macam. daripada cerita luar negara sampailah ke cerita dalam kelambu. dan kemudian hidung berdarah. heh!

pernah juga sambil memandu dan perut lapar otak aku mula fikir tentang makanan yang boleh dimakan tetapi tak mungkin akan ada siapa nak makan bila dicampurkan. mungkin kau boleh makan sup ayam campur daging campur perut campur bihun campur mee. mungkin kau boleh makan mee kuning campur cucur udang campur tauhu campur timun campur sengkuang campur kuah kacang. tapi…..tapi boleh tak kau makan kuah dal campur durian campur kicap campur keropok lekor campur megi kari? heh!