Archive for February, 2011

jack dan sophie, kadang kadang juga bobo

Posted: 22 February 2011 in fiksi

menanti di stesen keretapi yang sekali sekala dilalui lokomotif membawa arang batu. mencangkung sebelah menyebelah. kalau sudah penat duduk di atas lantai berturap dengan kaki melunjur. jack dan sophie tak putus asa menunggu saban hari. dari matahari mula terbit sehingga unggas menghalau pulang, mereka tekun menunggu di situ.

hari itu cuaca diramalkan mendung. ada kemungkinan salji akan turun. tapi mereka masih tetap mahu ke stesen keretapi. sophie menyiapkan bekal. jack telah pun memakaikan rantai ke leher bobo, anjing kesayangan mereka, baka corgi. maka bergegaslah mereka ke sana.

dengan mengambil tempat duduk seperti selalu, mereka menjamah sedikit dari bekalan buat alas perut dipagi hari. diberikan sedikit pada bobo yang menjelir seperti haus lagaknya.

ibu mereka masih belum muncul. masih belum keluar dari mana mana gerabak keretapi yang berhenti di situ. sama seperti empat tahun yang lalu ketika ibu tak muncul muncul selepas belikan mereka gula gula kapas berwarna merah jambu sambil berpesan supaya duduk di bangku dan tak ke mana mana. jack nampak ibu masuk ke dalam salah satu gerabak tapi biarkan saja kerana tak mahu lawan cakap ibu.

selepas empat tahun, jack masih yakin ibu akan pulang untuk menyambut hari lahir mereka yang ke-lapan.

Advertisements

hati yang retak itu berubah menjadi ais

Posted: 19 February 2011 in fiksi

nah!

seorang pemuda menghulurkan handiplast ke muka diana yang sedang menangis tersedu sedu di perhentian bas. malam semakin dilarutkan oleh hujan yang tak henti henti sejak petang tadi. dan diana juga sejak petang tadi duduk di perhentian bas itu meriba sebuah hati yang bercalar teruk. basah hati itu ditimpa air mata diana, juga oleh tempias hujan. huluran pemuda itu tidak diana endahkan.

lalu pemuda itu duduk disebelah diana dan mengambil hati itu cermat cermat kerana nampaknya mudah benar akan patah. diana pula tak membantah juga tak menghulur. dia tetap dengan posisi duduknya. pemuda itu melekatkan handiplast mewujudkan seperti tanda pangkah ditengah tengah hati. serentak itu diana berhenti menangis dan memandang pemuda itu. pemuda itu senyum dan berlalu setelah meninggalkan hati retak itu di sisi diana.

diana diam seketika sebelum menyeka saki baki air mata yang belum melimpah. perlahan lahan hati retak yang ditampal handiplast itu membeku menjadi ais. dan perlahan lahan juga, disetiap langkah diana meninggalkan hati itu, hati itu mencair dan hilang.

mata kuyu mengintai dunia

Posted: 17 February 2011 in jurnal

mata kuyu. otak tepu. disuruh perah tapi daya tak mahu.

telanjangkan mindaku supaya bebas dan radikal. katanya. tapi ada seru lagi satu dalam jantungku. melawan kehendak benakku. mungkin beginilah titik titik mula manusia ditabalkan sebagai gila.

tangan kanan menggaru pipi, menguping ngupingi kudis jerawat. tangan kiri mengaru punggung kasar dan sesekali beralih ke paha. kalau tidak gatal pun, tangan tangan itu sendiri akan gatal gatal mencari ruang untuk menggaru.

terlantar di atas tilam hamis tanpa cadar yang dihamparkan di atas lantai simen, itu pun sudah satu nikmat yang tak terhingga. biar aku hadamkan perasaan nikmat hidup tanpa campurtangan orang lain buat seketika. syukur. jika aku lebih susah dari hari ini, aku cuba untuk menikmatinya. jika aku lebih senang dari hari ini, aku cuba untuk menikmatinya.

syukur.

otakku tepu. walaupun dengan daya sudah dikerah untuk diperah, ia masih begitu. mata aku. makin kuyu….

hati dalam kotak pandora

Posted: 11 February 2011 in fiksi

satu hari you kata, sorry. i can’t make it today.
i jawab, it’s ok.
you pun kata, you are not going to believe me if i am telling you this. ada irama gembira dalam setiap butir perkataan yang you keluarkan
i kata, try me. tapi waktu itu i tahu yang you tahu i tak teruja pun nak tahu.
you terus cerita, my ex offer me a job. and he needs me to bring my resume to his office by 3. this is something really important to me. i hope you’ll understand.
i tanya dengan curiga, why is your ex so eager offering you this job?
you kata dengan marah, and now you are jealous, don’t you?
you terus matikan talian.
bermula dari hari itu i makan sorang sorang. makan hati sorang sorang.