Archive for October, 2012

bisikan jiwa

Posted: 28 October 2012 in fiksi

diluar kedengaran angin kencang memukul pohon pohon. berdesir kuat daun daun berlanggaran. hujan masih belum berhenti. sejak petang kelmarin. tidak lebat tetapi cukup untuk melumpuhkan aktiviti kota raya yang biasanya rancak. namun, bagi yang kuat semangatnya, mereka terus berdiri. bangkit setelah jatuh.

jack mengeliat. melentikan badannya seperti mahu membetulkan kedudukan tulang yang jatuh dari pautan. dia cuba mencapai butang menurunkan kelajuan kipas. dengan kakinya. jack menguis nguis baju baju yang bersepah sehingga menemui butang kipas. dengan hujung jari kaki, jack menekan butang tengah. memperlahankan putaran kipas.

jack mengeliat lagi. sejuk. ereksinya makin meninggi. dia menarik selimut membaluti tubuhnya yang telanjang. terasa selesa. seperti berada dalam pelukan hangat gadis gadis bertubuh mongel. gebu. yang selalunya menjadi peneman dimalam minggu. tapi minggu ini tidak. minggu ini dia mahu ambil cuti. hahaha…lelaki kacak seperti dia memang susah untuk bercuti. ada saja gadis gadis gersang mahu menjadi peneman malamnya.

beberapa minit kemudian kedengaran surau memasang alunan bacaan kitab suci. jack buka mata. tengok jam. sepuluh minit lagi sebelum azan subuh berkumandang agaknya. terkebil kebil. terasa seakan akan bersalah menyembunyikan diri dalam selimut. jack tidak berkutik. mendengar satu satu ayat yang dibacakan. seolah olah memahami maksud ayat tersebut. jack tak pergi sekolah agama. di sekolah harian pun jack tak suka kelas agama. tapi hari ini hati jack terasa berdebar debar. takut.

lalu jack terdengar satu suara.
‘jack. kau takut ke?’

‘ya,’ jawab jack perlahan. tapi jack tak tahu suara itu datang dari mana. dan jack pun tidak cari.

‘kau nak takut apa. selama ni kau bebas hidup sendiri. buat apa yang kau suka. kenapa perlu tiba tiba takut? chill la bro!’ kata suara itu.

‘…’ jack tak berkutik.

‘percayalah cakap aku jack. baik kau tidur saja. tutup telinga kau dengan bantal. pakai earphone dan pasang mp3. kau perlukan rehat yang cukup jack! kau romeo yang ditunggu tunggu ramai gadis. kau perlu kelihatan hebat esok hari. hari ini kau cuti untuk persediaan hari esok. jangan sia siakan satu satunya peluang dan masa untuk berehat ni’

‘errmmm…betul juga kata kau tu kan? terima kasih wahai suara ghaib!’ lalu jack capai earphone dan pemain mp3. memainkan lagu lagu terkini, jack hanyut ke dunia lain.

di satu sudut kelihatan azazel ketawa kegirangan. seorang manusia telah tewas ditangannya…..

Advertisements