Archive for May, 2013

kalau aku ada sayap…

Posted: 13 May 2013 in fiksi

‘kalau aku ada sayap sudah lama aku terbang cari kamu’
kata kamu dalam poskad yang baru aku terima.

lalu aku jahitkan untuk kamu sepasang sayap putih dari pelepah pelepah sayap merpati putih yang selalu singgah di anjungku. kemudian aku hiaskan dengan serbuk serbuk berkilat agar kau dapat terbang dengan rasa gembira.

aku simpan kemas kemas dalam kotak. aku balut dengan kertas minyak. aku sisipkan kad ucapan. aku tuliskan alamat kamu. aku terbangkan ia ke hadapan laman kamu.

‘nah! ini untuk kamu. terbang ke mari. dengan kadar segera!’
kata aku dalam kad yang aku sisipkan.

beberapa hari kemudian kau kembalikan kotak itu. tanpa buka. alamat di kotak itu kamu tampalkan dengan kertas lain. kamu tuliskan alamat aku. kertas minyak yang membaluti kotak sudah sedikit renyuk. tetapi tidak koyak. dan kamu sisipkan kad yang lain bersama.

‘kalau aku ada sayap sudah tentu aku terkunci di dalam sangkar emas’
kata kamu dalam kad yang kamu sisipkan.

dem!