di situ kau adalah teman diablos ketawa

Posted: 10 January 2011 in fiksi

dalam samar lampu disko. dalam bingit lagu berentak laju. dan dalam liang liut gadis gadis genit membelai kau. kau kata kau mahu bertaubat. dan aku ketawa.

kau hirup air kuning yang baunya meloyakan. mata kau kuyu dan badan kau meliuk liuk bagaikan tidak bertulang. ada sisa busa dari air kuning itu dihujung bibir kau. ada juga yang jatuh ke kemeja polo kau. kau kata, aku sudah nampak cahaya. aku kata, aku tahu.

dulu cahaya itu memang ada cuma ia menjadi samar samar sejak aku tinggalkan rumah itu tapi cahaya itu datang sekali lagi, kata kau. dan aku kata, aku tahu.
ia seperti beri amaran pada aku. lalu aku tiba tiba takut, kata kau dan kemudian kau ketawa. aku juga ketawa. sebab aku tahu esok kau tetap akan temani aku menikmati hingar bingar tempat ini seperti selalu. dan aku tetap akan sembunyikan ekor dan tandukku seperti selalu.

Comments
  1. luna says:

    aku rasa, macam ditujukan untuk aku..

Leave a reply to harris mamat Cancel reply