kau adalah matahariku

Posted: 22 September 2012 in fiksi

ya. kau mengaku kau matahariku.
dan aku. aku juga akui aku adalah bulanmu.

maka seharusnya kita tidak dapat bersama.

andai kita bersua, dunia pasti kelam dan suram.
mungkin juga dunia akan hancur menjadi debu debu berterbangan.

Advertisements

service luar biasa

Posted: 17 September 2012 in jurnal

‘bang. kalau nak service kat sini berapa ringgit, ye?’ tanya harris.

‘service biasa ke, dik?’ tanya abang mekanik tu.

‘haah. biasa je bang. err…ada service luar biasa ke?’ tanya harris. dia kerut dahi. mencari cari apakah yang luar biasa itu. abang mekanik diam sambil senyum malu malu.

harris makin rasa luar biasa pelik. orang tanya betul betul, dia ingat kita main main agaknya.

‘er..service biasa sajalah, bang. berapa ringgit tu?’

‘dua ratus ringgit, dik. nak service sekarang ke?’ kata abang mekanik sambil mengelap lantai membersihkan titisan minyak.

‘er..boleh lah. tapi yang tu tukar dengan air filter dan tambahkan minyak brek kan?’ tanya harris minta kepastian.

‘minyak brek lain, dik’ jelas abang mekanik.

‘ooo…oke. tak apa. tambahkan sajalah. minyak brek pun dah kurang tu rasanya,’ kata harris.

ini kali pertama harris bawa kereta untuk service seorang diri. kalau ada nizam, dialah yang selalu bercakap dengan mekanik. sekarang harris menyumpah diri sendiri dalam hati sebab malas ambil tahu. lepas ni harris nekad nak paksa juga nizam ikut sama!

jimmy dan remy

Posted: 14 September 2012 in fiksi

jimmy menghempas tubuh ke katil empuk. remy yang terlentang di situ tidak terkesan. lena sungguh tidurnya. jimmy jadi cemburu lalu merapatkan tubuhnya ke sebelah remy. jimmy senyum nakal bila melihat dada dan perut remy yang berbulu itu turun naik mengikut hela nafasnya.

lalu tangan jimmy mengusap perut remy. seperti selalu ketika mereka berlibur bersama. kadang kadang jimmy mengusap kepalanya. kadang kadang jimmy mengusap dagunya. tapi jimmy paling suka mengusap perut remy yang berbulu lembut itu.

‘remy..’ kata jimmy.’kau dah semakin buncitlah,’ tangan jimmy masih mengusap perut itu. senyumnya juga masih senakal tadi. tapi remy masih tiada reaksi. mungkin penat benar dia hari ini. atau mungkin terlalu kekenyangan. mana tidaknya, makan malam tadi pun dia yang habiskan baki yang jimmy tak larat nak makan.

jimmy bawa remy rapat ke dada. dan memeluk remy erat erat. remy tersedar namun dibiarkan saja. dan kemudian pejamkan mata kembali. malam itu jimmy yang keletihan selepas pulang dari pejabat ditemani lagi oleh remy yang setia. sama seperti selalu. remy selalu ada ketika dia kesunyian.

‘meow~’ kata remy sambil ekornya mengibas ngibas lembut. dan kemudian meneruskan mimpi mimpinya bersama pelukan jimmy.

rosak

Posted: 29 November 2011 in jurnal

maaf, laman ini sedang dikemaskini. segala kesulitan yang dihadapi pihak tuan amat dikesali.

mohon maklum.

romantika

Posted: 14 October 2011 in fiksi

salina masih lagi duduk termenung.

balik dari makan malam dengan jeff tadi, otaknya seolah olah tak berfungsi. memanglah dia marahkan jeff. selalu melancong ke luar negara tapi tak ajak dia sekali. kononnya mereka menjelajah dunia cara lelaki. perempuan tak tahan. tapi bukan itu yang jadikan otaknya bebal sekejap. tapi ole ole di tangannya itu.

‘sebelum ni, balik dari london haram nak bawa hadiah apa apa. jangankan big ben, bas dua tingkat warna merah tu pun dia tak bawah balik.
masa balik dari paris pun macam tu juga. aku tak terkilan pun kalau tak belikan beg tangan atau kasut dari sana. tapi apa salahnya bawa balik eiffel tower untuk aku.

tapi tadi dia hulur benda ni kat aku. katanya ole ole dari jogjakarta. ni apa yang aku nak buat dengan borobudur ni?!’ salina mendengus.

replika candi sebesar bola tenis itu dicampaknya ke luar tingkap!

malam yang mengigit

Posted: 11 October 2011 in fiksi

apek tua tu dah bertahun tinggal di rumah kayu tu. dulunya, rumah tu bertiang. sebab air bah dari sungai belakang rumah selalunya akan naik sampai takat lutut. maka rumah itu pun didirikan dengan tiang tiang setinggi tiga kaki. semua dia buat sendiri. itu tahun 70-an dulu. masa dia baru baru saja kahwin.

sekarang apek tua tu masih tinggal di rumah kayu itu. cuma tiada lagi kaki kaki tiang dan tangga menjulur keluar dari anjung. dia sudah tak larat mahu turun naik tangga. lututnya sudah tak kuat. jadi dia tambahkan bata dan turunkan lantai rumah ke tanah. air sungai pun dah tohor, jadi tak perlu risau air bah. semua tu dia upah orang. dia mana larat nak buat kerja kerja tu lagi. lutut dah tak kuat.

apek tua tu tarik kerusi malas dari belakang pintu rumah, dibawanya keluar dan diletakkan di sebelah pintu yang sengaja terbuka. mentol lampu dengan cahaya kuning malap kadang kadang berkelip kelip macam sudah mahu terbakar. ada banyak kelkatu berputar putar di situ. dan lebih banyak lagi yang menggelepar di lantai bersimen. mahu hujan agaknya, fikir apek tua.

apek menggulung rokok. agas tak berhenti menyanyi. cengkerik pun mahu bertanding. apek tak peduli. agaknya dia pun tak sedar mereka berbunyi. sejak bininya tak ada berbelas tahun yang lepas, dia seakan akan tak dengar apa apa kebisingan pun. tapi apek rela dengar bininya bising bising. malam yang sunyi begini buatkan dia rasa mahu keluar ke pekan. apek sedar dia bukan muda lagi. lutut pun sudah tak kuat. lalu dirumah itulah dia menghabiskan sisa sisa waktunya.

apek mencapai kotak ubat nyamuk dalam beg plastik yang bergantungan atas cangkuk pada kerusi. ada mancis juga dalam beg plastik itu. dia mula mula menyalakan rokok gulungnya sebelum menyalakan selingkar ubat nyamuk. lalu dia sangkutkan di bawah kerusi dan biarkannya berjuntai tergantung di bawah kerusi.

malam itu sejuk. lebih sejuk berbanding malam malam sebelumnya. dan nyamuk yang menggigit terasa lebih kuat bisa dan lebih kuat rasa gatalnya.
aaahh….malam malam beginilah yang membuatkan apek terasa mahu berbini lagi. tapi apek sedar diri. lututnya sudah tak kuat macam tahun 70-an dulu….

apek menghela nafas. malam ini agak panjang daripada biasa.

ye ye etok ayi yaye!

Posted: 24 August 2011 in fiksi

“atan…jangan lari lari. ni cakap pun salah ni. bukan ‘etok ayi yaye’. sebut ‘esok hari raya’. baru betul.”

“salah ke? ‘esok hayi yaye’ ke?”

“erm…boleh la tu, atan. tapi esok belum raya lagi. bulan puasa belum habis lagi.”

“acik tipu!”

“mana ada acik tipu. memang esok belum raya lagi.”

“abes tu bile kite nak yaye ni, acik?”

“nanti orang nampak anak bulan keluar, kita bolehlah raya.”

“acik?”

“ye, atan.”

“ni anak bulan yang nombor dua ke anak bulan yang kua hayi pose tu?”

“erk! macam mana pula aku nak jawab ni?”

“acik?”

“ye, atan.”

“kalo tak dapat jawab takpe ah, jangan lah cakap sowang sowang.”

cis!

“eh! atan tahu esok raya ni macam mana? siapa yang bagi tahu atan?”

“acik bedah!”

“acik bedah? acik bedah kedai jahit?”

“ha’ah acik bedah! atan nak pegi mayah acik bedah!”

“eh! atan nak marah acik bedah ni kenapa pula? jangan kacau acik bedah. dia sibuk tu. nanti tak siap pula baju yang orang tempah tu.”

“atan tak kiye. atan dengar tadi dia nyanyi nyanyi ‘etok hayi yaye! etok hayi yaye!’. dia buat atan konpius. bagi hawapan palsu kat atan. atan nak mayah dia.”

“eh! atan! nanti! ish! laju pula budak atan ni lari. erm, bedah. kau layan lah pula budak atan tu ya.”

“erm…rasa macam pernah jumpalah. tapi tak ingat di mana.”
nah~ its too lame.

“hai! boleh tumpang tanya. sakit tak bila awak jatuh dari kayangan?”
euww…totally cliche!

“cik, saya tercicir telefon saya dekat dekat kawasan ni. boleh tak tolong miss call telefon saya?”
erk! bad move. reject.

jadi, kena fikirkan pick-up line yang terkini dan meyakinkan. segera!

cerita cinta di malam hari

Posted: 3 June 2011 in jurnal

‘bear,

tadi kite terserempak dengan dia lagi. dia baru keluar dari sebeneleben. manis sangat muka dia. kite senyum kat dia. lepas tu dia pun balas senyum kat kite balik. manis. ada lesung pipit. kite suka. kite pura pura cool tapi dalam hati rasa meletup letup macam pop corn dalam microwave.

bear,

kite rasa kite dah jatuh suka kat dia lah. muka dia manis dan lembut. mata dia redup. rambut dia hitam lebat. tinggi sikit dari kita. badan sesedap rasa. yang kite suka tengok tang bibir dia. macam mulut ikan gupi. hehehe. rasa nak gigit gigit saja bibir ikan gu-

adoi! apa tolak tolak orang ni?!’ andre mengesot naik semula ke atas katil bujang.

‘aku suruh kau sambung drama kau kat teddy bear kau tu dalam bilik kau. bukan bilik aku. aku nak tidur ni. sudahlah menyempit kat katil aku. memekak pula lagi. kalau kau nak memekak juga, balik bilik kau sendiri! dah tua bangka pun tak reti nak tidur dalam bilik sendiri.

sekarang ni kau tahu tak dah pukul berapa? dah nak pukul dua pagi tahu? esok kena kerja. kau tu liat nak bangun. tidur cepat!’

‘hehe…bilik kau best. jangan marah ya…’ andre pejam mata sambil memeluk kuat bear. dan dalam hati berharap akan mimpikan si ikan gupi.

katakan tidak pada jam loceng

Posted: 1 June 2011 in jurnal

sarip tutup jam loceng yang berdering bingit. aa…baru pukul tujuh pagi, keluh sarip. hari ini….bukan hari minggu ke? kenapa kena bising bising, kunci jam loceng.

aaa….tidur yang seronok ialah tidur setelah bangun tidur.

plop!

segera saja sarip masuk ke dunia lain.