misi membunuh cicak!

Posted: 10 February 2014 in fiksi

azis bosan. kawan kawan semua bercuti di kampung. sudah beberapa hari dia main di padang sendirian. azis rasa macam loser. loser ni macam seorang lelaki yang tak ada awek kat sekolah. ha! itulah loser mengikut definisi azis dan gengnya.

azis bukannya tak ada kampung. tapi papa dan mama lebih suka bercuti di opis. balik kampung pun malam raya puasa. esoknya, petang petang dah balik. walaupun di kampung masih ramai saudara mara masih tinggal. azis terpaksa ikut papa dan mama. kalau tak, siapa nak ambil azis balik ke kl. lagipun azis tak berapa kenal dengan saudara mara tu semua. azis boleh berkawan dengan sepupu sendirian tapi kalau ada papa dan mama azis berani sikit. sebab azis tak berapa kenal dengan saudara mara tu semua.

balik dari padang tadi, azis terus ke dapur. erm…sedap bau ayam masak kicap mak mah. azis basuh tangan yang berselaput dengan tanah.

tiba tiba plastik bungkus kedai runcit yang dah dikitar semula menjadi plastik sampah bergerak gerak. azis sedikit cuak. eh! sikit je. azis cool. mana boleh cuak banyak banyak.
kemudian ada seekor cicak keluar. kakinya tersangkut pada hujung plastik. lalu tergantung hampir terjatuh ke dalam sinki.

“owh…kau curi curi makan sampah ye. siap kau!” kata azis, menyeringai.

azis mengacah cicak tu supaya cicak tu mengelabah. lalu cicak tu pun jatuh ke dalam sinki. azis tak berani nak pegang cicak tu sebenarnya. dia pura pura berani saja. dia geli dengan cicak juga. pernah cicak merayap kat tengkuk azis kat sekolah suatu hari. sampai melompat lompat azis nak buang cicak tu. malu besar azis waktu tu.

kini ada peluang membalas dendam, azis tak lepaskan peluang keemasan ini. maka misi membunuh cicak bermula!

cicak dalam sinki cuba panjat naik untuk keluar dari sinki. tapi tak berjaya. kadang kadang dia duduk diam. sekali sekala dia cuba panjat semula.

azis buka pili air. dia curahkan air pada cicak. cicak lari ke tempat lain dan cuba panjat di sudut lain. tak berjaya juga. cicak duduk diam. azis curahkan air lagi. kali ni cicak menyorok di celah celah gelas dan cawan dalam sinki. air sudah suku penuh dalam sinki. cicak berenang ke tepi untuk panjat. azis tak bagi. azis terus curahkan air pada muncung cicak yang menjengah ke permukaan air. cicak jatuh semula dalam sinki. badan cicak tenggelam. muncungnya saja yang keluar.

azis tak puas hati. azis nampak cicak dah mengangkang. azis tahu cicak pura pura mati. azis geram. kebetulan ada garfu plastik di tepi sinki. azis terus ambil garu plastik tu dan cuba sentuh kepala cicak. dia nak tenggelamkan kepala cicak tu.

cicak tu lari. azis senyum. “owh…kau nak tipu aku ye. meh sini aku tenggelamkan kau!”

cicak tu lari lagi. tapi kali ni azis berjaya tahan tengkuk cicak supaya tenggelam ke dasar sinki yang sudah separuh penuh dengan air. azis tutup pili air supaya tak membazir. bukan. sebenarnya supaya air tak penuh. nanti cicak boleh lompat keluar. common sense azis agak baik juga kerana boleh berfikir begitu.

cicak tak bergerak. ada buih buih kecil keluar dari hidung cicak. itu maknanya cicak tengah tahan nafas. kata azis dalam hati. “bagus. tahan la nafas tu. aku nak tengok berapa lama kau boleh bertahan” kata azis sambil tahan lenguh akibat lama menekan tengkuk cicak dengan garfu plastik.

setelah beberapa ketika cicak menguik dan cuba lepaskan diri. dan azis pun melepaskan garfu plastik. “yes! aku menang! kau kalah! hahaha!” azis mengangkat kedua belah tangan tanda juara tapi yang sebenarnya lenguh.

bagi azis kemenangan itu sama seperti dia menang lawan mata dengan udin. mata udin besar dan bila lawan mata udin akan menjegilkan mata untuk buat azis rasa tak selesa lalu kedipkan mata dan kalah. dalam banyak banyak kali azis lawan mata dengan udin, cuma lima kali saja azis menang. itulah kemenangan yang paling bermakna lalu azis akan belanja diri sendiri dengan aiskrim potong.

kali ni azis menang. dia lupa misi utama dia pada awalnya adalah membunuh cicak.tapi kemenangan tadi sudah cukup puas bagi azis dan sudah cukup untuk menghadiahkan dirinya dengan ayam masak kicap mak mah. ayam masak kicap mak mah lagi sedap dari ayam masak kicap mama.
eh! mama pernah masak ayam masak kicap ke?

silap tanya soalan.
eh! mama tahu masak ayam masak kicap ke?

haha.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s