jalaludin dan jin

Posted: 18 November 2012 in fiksi

jalaludin duduk dan berfikir tiga perkara penting yang perlu dia minta supaya permintaannya itu tidak sia sia begitu sahaja.

tadinya, jalaludin jumpa teko antik yang kotor. dibawa banjir kuala lumpur barangkali. jalaludin pun gosok gosok untuk hilangkan kotoran. tiba tiba keluar asap berkepul kepul dari mulut teko itu. dan tak syak lagi. teko itu ada jin. bila jin itu keluar terus jalaludin cakap pada jin,

‘hei jin! aku nak kau tunaikan permintaan aku’

kemudian jin jawab balik,

‘okeh. tapi ada syaratnya’

jalaludin tanya,

‘apa dia? jangan yang susah susah sangat tau!’

‘tak. tak susah. syaratnya, pertama, hanya tiga permintaan saja aku boleh tunaikan. kedua, tak boleh minta untuk minta permintaan. ketiga, tak boleh minta sesuatu tentang nyawa,’ kata jin.

jadi sebab itulah yang jalaludin duduk termenung seharian. masih tak tahu lagi apa yang dia nak minta. perlukah dia minta jadi kacak? atau kaya raya? atau kuat? itu semua orang dalam tv dah minta dan semuanya jalaludin lihat akan berakhir dengan malapetaka.

‘jin. boleh tak tangguh dulu. aku tak dapat nak fikirlah,’ kata jalaludin.

‘okeh. permintaan pertama ditunaikan,’ kata jin selamba.

satu penumbuk melayang ke muka jin. ‘hoi! mana boleh macam tu! bak balik permintaan pertama aku!’ jalaludin naik angin sebab terasa jin cuba nak mempermain mainkan dia.

jin kata,’tak boleh! rujuk syarat kedua’

‘oh…takpe jin. takpe. kau tunggu esok aku kenakan kau semula. kau tunggu ya, jin’

‘okeh. permintaan kedua ditunaikan,’ kata jin sambil korek hidung.

satu lagi penumbuk hinggap ke muka jin. dan jalaludin tinggalkan jin dengan tekonya. sekarang muka jin dah macam muka panda. tapi panda merah dengan lebam ungu di kedua dua belah matanya.

oh. lupa bagitahu. jin ni berkulit merah. kulit merah tu kan tanda jahat. tapi jin ni bukan jahat. cuma nakal sikit ja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s