malam yang mengigit

Posted: 11 October 2011 in fiksi

apek tua tu dah bertahun tinggal di rumah kayu tu. dulunya, rumah tu bertiang. sebab air bah dari sungai belakang rumah selalunya akan naik sampai takat lutut. maka rumah itu pun didirikan dengan tiang tiang setinggi tiga kaki. semua dia buat sendiri. itu tahun 70-an dulu. masa dia baru baru saja kahwin.

sekarang apek tua tu masih tinggal di rumah kayu itu. cuma tiada lagi kaki kaki tiang dan tangga menjulur keluar dari anjung. dia sudah tak larat mahu turun naik tangga. lututnya sudah tak kuat. jadi dia tambahkan bata dan turunkan lantai rumah ke tanah. air sungai pun dah tohor, jadi tak perlu risau air bah. semua tu dia upah orang. dia mana larat nak buat kerja kerja tu lagi. lutut dah tak kuat.

apek tua tu tarik kerusi malas dari belakang pintu rumah, dibawanya keluar dan diletakkan di sebelah pintu yang sengaja terbuka. mentol lampu dengan cahaya kuning malap kadang kadang berkelip kelip macam sudah mahu terbakar. ada banyak kelkatu berputar putar di situ. dan lebih banyak lagi yang menggelepar di lantai bersimen. mahu hujan agaknya, fikir apek tua.

apek menggulung rokok. agas tak berhenti menyanyi. cengkerik pun mahu bertanding. apek tak peduli. agaknya dia pun tak sedar mereka berbunyi. sejak bininya tak ada berbelas tahun yang lepas, dia seakan akan tak dengar apa apa kebisingan pun. tapi apek rela dengar bininya bising bising. malam yang sunyi begini buatkan dia rasa mahu keluar ke pekan. apek sedar dia bukan muda lagi. lutut pun sudah tak kuat. lalu dirumah itulah dia menghabiskan sisa sisa waktunya.

apek mencapai kotak ubat nyamuk dalam beg plastik yang bergantungan atas cangkuk pada kerusi. ada mancis juga dalam beg plastik itu. dia mula mula menyalakan rokok gulungnya sebelum menyalakan selingkar ubat nyamuk. lalu dia sangkutkan di bawah kerusi dan biarkannya berjuntai tergantung di bawah kerusi.

malam itu sejuk. lebih sejuk berbanding malam malam sebelumnya. dan nyamuk yang menggigit terasa lebih kuat bisa dan lebih kuat rasa gatalnya.
aaahh….malam malam beginilah yang membuatkan apek terasa mahu berbini lagi. tapi apek sedar diri. lututnya sudah tak kuat macam tahun 70-an dulu….

apek menghela nafas. malam ini agak panjang daripada biasa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s