unikorn menipu lili

Posted: 8 May 2011 in fiksi

semua penduduk kampung gempar malam itu. ada bintang jatuh!

ada yang kata itu kapal angkasa makhluk asing. mereka sudah mula bertindak untuk menyerang penduduk bumi. malang bagi mereka kerana menjadi mangsa pertama serangan makhluk asing itu. tapi itu cuma khabar angin.

ada yang kata itu tanda tanda akhir mahu kiamat. macam dalam filem filem hollywood tu. lalu mereka yang percaya segera berbondong bondong ke masjid buat ibadah. walaupun itu khabar angin.

ada yang kata itu serangan negara kapitalis. mungkin juga negara komunis yang menguasai senjata nuklear. entah apa sebabnya kampung itu jadi sasaran. ketua kampung pun tak tahu sebabnya. sebab itu semua khabar angin.

lili berjalan tanpa kasut, kasutnya dijinjing tinggi ke bawah dagu. dia menjingkit jingkit, perlahan lahan, berhati hati supaya tidak memijak ranting yang mungkin akan diperasan oleh orang kampung. lili mahu ke hujung denai tempat dia sembunyikan unikorn.

bintang jatuh yang dikatakan itu sebenarnya unikorn yang lili sembunyikan. unikorn terhempas betul betul di hadapan lili ketika dia mahu pulang ke rumah selepas habis mengaji di rumah tok aki. unikorn merayu supaya lili merahsiakan tentangnya. dan unikorn berjanji akan tunaikan permintaan lili jika dia menyimpan rahsia. lalu lili bawa unikorn ke hujung denai sebelum pulang menyimpan mukadam, rihal dan menyalin pakaian. lili kata dia akan datang semula merawat unikorn serta bawa kuaci untuk unikorn makan. lili kata lagi dia tak ada makanan banyak, kalau curi makanan kat dapur ibu akan tahu dan lili akan kena pukul.

lili hulur kuaci pada unikorn. unikorn makan dan kemudian kata, ‘lili, kuaci kau tak sedap!’. lalu unikorn terbang dengan pantas seperti dia tak pernah cedera akibat terhempas.

‘unikorn! kau tipu lili! orang penipu kena panah petir!’

unikorn tak peduli. unikorn bukan orang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s